Saturday 7 October 2017

Tips untuk tidak ditipu oleh iklan percutian palsu

“Hello Encik Firdaus, saya dari XYZ Vacation Club. Kami ada suatu program untuk jemput Encik Firdaus hadir di Hotel XYZ. Kami ada program percutian yang hebat. Jika Encik hadir ke program ini, kami akan berikan penginapan percuma 3 hari 2 malam di Hotel XYZ.”
Pernah tak dapat panggilan telefon begini?
Syarikat ini legit (sah). Tawaran yang diberi pun legit. Memang lepas hadiri program akan dapat penginapan percuma. Ini bukan scam.
Tapi…
Semasa program, penganjur akan berikan taklimat berkenaan pakej percutian syarikat. Anda akan ditawarkan penginapan ‘PERCUMA’ antara 7 hingga 14 malam di mana-mana hotel milik syarikat percutian tersebut.
Anda akan dijanjikan percutian yang mesra keluarga sepanjang tahun. Harga purata penginapan berkali ganda lebih murah daripada harga asal. Macam-macam lagi janji manis diberi.
“INI ADALAH PELABURAN TERBAIK UNTUK SEISI KELUARGA”
“SELAMA 30 TAHUN ANDA AKAN ADA TEMPAT UNTUK BAWA KELUARGA BERCUTI”
Harga pakej ‘murah’ sahaja. RM 30,000 hingga RM 40,000. Tiada duit sekarang?
Tak mengapa EZ pay kan ada. Baru RM 833 sebulan.
Macam mana saya tahu ‘game’ Timeshare, sebab saya pun dah ambil pakej 30 tahun ni. Masa tu muda lagi. Habis RM 35,000 untuk ‘pelaburan’ jangka masa panjang. RM35K boleh angkat rumah flat sebiji dengan ‘positive cashflow’ tau!
program-travel-2
Pada awalnya memang menarik. Tapi lama kelamaan jadi muak. Rasa tertipu. Kenapa?
1. Bilik hotel selalu penuh. Walaupun syarikat mempunyai jaringan hotel di serata Malaysia, bilik selalu penuh. Kalau nak tempah, kena sampai satu tahun ke hadapan. Nak last minute, memang tak dapat.
2. Terma dan syarat yang tidak mesra. Contohnya:
i. Kena booking sekurang-kurangnya 2 malam berturut-turut. Tidak boleh menginap hanya 1 malam.
ii. Dalam 14 malam penginapan ‘percuma’ yang diberi, hanya 7 malam sahaja boleh digunakan untuk malam di hujung minggu (weeekend).
iii. Jika nak buat booking, perlu book lebih dari 3 hari bekerja.
iv. Untuk menginap di hotel milik syarikat di luar negara, anda hanya boleh buat booking selama 7 malam berturut-turut. Hanya boleh check in pada hari Jumaat dan check out pada hari Jumaat. Hari lain, tak boleh.
v. Ada beberapa hotel lain yang menjadi rakan kongsi syarikat di mana pelanggan boleh menginap dengan harga diskaun. Tetapi apabila disemak, harga bilik di hotel yang sama adalah lebih murah jika dibeli melalui portal seperti Traveloka.
3. Penginapan di hotel syarikat TIDAK TERMASUK sarapan pagi.
4. Selain bayaran kontrak, pelanggan harus membayar yuran penyelenggaraan tahunan (maintenance fee) setiap tahun sehingga 30 tahun.
Jangan jadi macam saya. Kalau ada orang telefon dan memberi tawaran begini, pergi sahaja untuk claim penginapan percuma. Semasa ceramah diberi, tutup telinga dan tutup hati.
JANGAN JOIN!
Simpan RM 35K tu dalam aset lain yang boleh memberikan pulangan. Gunakan hasil pulangan untuk bercuti sendiri. Follow group Backpackers Buddies Malaysia di Facebook untuk dapatkan maklumat-maklumat berkenaan percutian ‘do it yourself’.
Jika melancong dengan keluarga, gunakan khidmat AirBnB. Jika nak ala backpacking, cuba menginap hostel backpackers.
Apa-apa pun JANGAN JOIN TIMESHARE.

Thursday 5 October 2017

Tips bijak untuk membeli tiket kapal terbang

Saya kongsikan 10 trick atau rahsia bagaimana anda boleh dapatkan tiket kapal terbang dengan lebih murah. Kata nak travel cara jimat kan? So anda ikut tips ni okey.
1. Awal vs Akhir
tip-beli-tiket-flight-murah-1
Air Asia vs Malaysia Airlines
Air Asia = tempah awal (6-12 bulan)
Malaysia Airlines = tempah akhir (kurang dari 1 bulan)
2. Kejar Harga BUKAN Kejar Destinasi
tip-beli-tiket-flight-murah-2
CONTOH PROMOSI AIRASIA
Ingin merasai pengalaman berada di Jepun? Mengapa perlu memilih Tokyo (RM329) daripada Osaka (RM299)? Hakikatnya setiap destinasi penerbangan mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Jadi, mengapa memilih destinasi yang lebih mahal?
3. Hukum ‘Hari & Masa’ Penerbangan
Memilih penerbangan pada hari Selasa, Rabu atau Khamis lebih murah berbanding penerbangan pada hari Isnin, Jumaat, Sabtu atau Ahad
Bergantung kepada destinasi, penerbangan awal pagi dan lewat malam lebih murah berbanding pada masa-masa lain di dalam sehari.
4. Media Sosial, Laman Sesawang Rasmi Operator Penerbangan
tip-beli-tiket-flight-murah-3
CONTOH PROMOSI MALAYSIA AIRLINES
Jangan malu dan segan untuk mengikuti media sosial & laman sesawang syarikat penerbangan seperti di Facebook, Twitter untuk maklumat terkini promosi yang diberikan.
5. Hukum ‘Bas Lompat’
tip-beli-tiket-flight-murah-4
PERBEZAAN 1 HENTIAN DENGAN 2 HENTIAN = RM2K++
Seperti konsep ‘bas lompat’ yang jauh lebih murah, tiket penerbangan juga mempunyai konsep yang sama. Bergantung kepada anda untuk ‘membeli masa’ anda dengan mengambil penerbangan terus atau penerbangan yang mempunyai beberapa hentian.
6. Pelanggan Setia Hujung Nyawa

CONTOH GANJARAN KESETIAAN PENUMPANG
Setiap kesetiaan yang dicurahkan pasti ada ‘bayarannya’. Kesetiaan kepada sesuatu syarikat penerbangan pastinya akan lebih berbaloi apabila kita memdapat mata ganjaran, keistimewaan penumpang dan lain-lain.
7. 12 Tengah Malam
Ramai yang sudah tahu bahawa pada masa-masa yang tertentu syarikat-syarikat penerbangan akan membuka promosi online mereka. Kerana itulah ramai yang tidak tidur malam kerana promosi ini hanya akan bermula pada 12 tengah malam.
8. Lapangan Terbang Alternatif
tip-beli-tiket-flight-murah-6
SOLO (RM59) & YOGYAKARTA (RM79)
Ramai yang tidak tahu bahawa Bandara Adisumormo (Solo) dengan Bandara Adisujipto (Yogyakarta) hanya terpisah dengan 30 minit perjalanan.
Jika dilihat pada promosi di bawah, tiket penerbangan KL ke Yogyakarta berharga RM79 berbanding KL ke Solo RM59. Kos di antara Solo ke Yogya pula adalah serendah RP10 ribuan (RM4).
9. Hukum +- 1 Hari
tip-beli-tiket-flight-murah-7
KHAMIS RM212; JUMAAT RM242; SABTU RM212
Bagi kelonggaran pada hari berlepas dan hari pulang dari bercuti. Banyak kemungkinan yang tiket hari sebelum atau hari selepas adalah lebih rendah
10. Hukum ‘Satu Arah’
Apabila kita menempah tiket, syarikat penerbangan tahu yang kita pasti akan pulang. Jadi pada masa inilah kita akan di’pau’ oleh syarikat-syarikat ini.
Jadi, untuk ‘mengelabui mata’ pihak syarikat, kita boleh menempah promosi satu arah dan kemudiannya kita menempah pula tiket penerbangan balik.
Hakikatnya memang segala cara ini renyah dan menyusahkan tetapi atas usaha kita ini kita mungkin dapat menjimatkan kos tiket penerbangan yang sememangnya adalah kos utama dalam setiap perjalanan.

creadit to : https://www.thevocket.com/cara-beli-tiket-kapal-terbang-dengan-lebih-murah/


Tuesday 3 October 2017

Tips untuk menyimpan duit yang berkesan

Backpacking bermaksud percutian atau ekspedisi yang melibatkan kos yang rendah dan sederhana. tetapi sekiranya kita mempunyai duit yang berlebihan atau lebih pada cukup. kita dapat ber-backpacking ke tempat yang lebih menarik dan unik. Oleh itu, kali ini saya akan memberi cara cara untuk menyimpan dengan lebih berkesan.



6 CARA BERKESAN MENABUNG 

1. Menabung dengan konsisten 
Pastikan kamu menabung setiap bulan iaitu sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan. Setelah menetapkan jumlah tabungan setiap bulan, pastikan jumlah itu disimpan dahulu sebelum mula membuat pembayaran bil dan pelbagai pinjaman yang ada.

Mungkin pada awalnya cuma tetapkan untuk jimat RM20 setiap minggu dan kamu akan ada simpanan RM80 setiap bulan. Teruskan menyimpan. 

Lebih baik sekiranya boleh diatur untuk membuat potongan gaji dimasukkan terus ke dalam simpanan. Ada banyak institusi kewangan yang menawarkan khidmat ini, misalnya Tabung Haji dan ASB. Anda boleh memohon kepada majikan untuk membuat potongan ini. 




2. Pantau pengeluaran ATM 
Sentiasa awasi pengeluran wang melalui ATM. Bukan sekadar mengelak supaya ada orang menipu dan mengguna kad kamu, tetapi juga perlu kawal diri kamu sendiri beberapa kali dan berapa jumlah yang boleh dikeluarkan. 

Jangan terlalu banyak dan terlalu sedikit. Cukup untuk sekadar guna. Jika ada lebihan daripada wang itu, terus depositkan dalam akaun simpanan. 




3. Buat belanjawan atau bajet keluarga 
Dengan bajet kewangan keluarga kamu dapat pastikan bagaimana wang kamu digunakan sebaiknya untuk keluarga. Kamu dapat lihat corak bagaimana kamu berbelanja.
Sebabnya, perbelanjaan seumpama inilah yang menyebabkan kamu selalu ‘pokai’ setiap bulan. Dengan adanya bajet, kamu tahu bagaimana kamu membelanjakan wang dan kamu tahu cara menjimatkan wang, seterusnya dapat menyimpan lebihan wang berkenaan. 




4. Sediakan senarai membeli-belah 
Apabila keluar membeli barangan keperluan rumah, pastikan kamu sudah ada senarai barang yang hendak dibeli. Hanya beli barang yang ada dalam senarai! Jangan mudah tergoda dengan jualan murah sehingga kamu membeli barang yang bukan keperluan. Ingat, berbelanja barang keperluan bukan barang keinginan.

Ada juga yang beri petua, kalau hendak membeli-belah – pastikan perut kamu kenyang. Apabila perut lapar ada kecenderungan meningkatkan nafsu membeli dan ada kemungkinan kamu membeli barang yang tidak diperlukan. Ada kebenarannya petua ini– mungkin kamu perlu mencuba! 




5. Kurangkan penggunaan kad kredit 
Kad kredit kini semakin mudah diperoleh. Untuk kecemasan, kad kredit amat berguna tetapi kini penggunaannya amat berleluasa. Ia digunakan secara meluas untuk menggantikan wang. Jadi kamu sentiasa tidak sedar berapa banyak wang yang digunakan. Mudah sahaja membeli barang keinginan dan bukan keperluan. 

Dengan bayaran minimum setiap bulan, hutang kita akan bertambah dan berpanjangan. Kadar faedah yang dikenakan juga tinggi. Jika tidak percaya cuba kira berapa kadar faedah yang dikenakan setiap bulan. 

Bayangkan duit yang belebihan itu, sudah cukup untuk membeli sebuah mesin basuh baru! Jadi lebih baik kamu kumpul duit dan beli barang secara tunai. Atau gunakan kad kredit dan pastikan bayaran penuh dibuat dalam masa 20 hari ataupun sebelum dikenakan sebarang faedah. 





6. Kurangkan keluar rumah 
Mungkin ramai yang tidak dapat terima cadangan ini. Tetapi banyak kebenarannya. Jika kamu kurang keluar rumah, kamu tidak mungkin tergoda membeli barang- barang yang bukan keperluan. “Ala, window shopping je!” Ini selalunya tidak berlaku. Ini tidak termasuk lagi duit petrol, tempat letak kereta, makanan, minuman dan banyak lagi.

Jika perlu keluar, pastikan keluar ke tempat yang kamu boleh lebih berinteraksi dengan keluarga secara baik. Misalnya, pergi ke taman, berkelah atau ke tempat yang kurang godaan. Ada banyak cara untuk berekreasi bersama keluarga, tidak semestinya ke pusat membeli- belah sahaja.

Sebenarnya menabung bukanlah satu perkara yang sukar. Yang penting mesti tukar tabiat kepada tabiat kewangan yang lebih baik untuk diri kamu dan keluarga. Jadi pastikan minda kamu bersedia membuat perubahan. Semuanya terletak di tangan kamu – disiplin mesti kuat! 


PASTIKAN 
  • Minda dan azam bersedia untuk menabung. 
  • Tetapkan sasaran menabung yang realistik. 
  • Rancang kewangan keluarga.
  • Konsisten. 
  • Kuatkan disiplin. 


Monday 2 October 2017

Tempat tempat menarik di Malaysia untuk dijadikan lokasi ber-backpacking

Bagi meraka yang selalu sangat backpacking di luar negara, apa kata kali ni korang jadikan lokasi didalam negara sebagai tempat untuk ber-backpacking. kali ni kita akan mengenali antara tempat domastik(dalam negara) yang paling baik untuk dijadikan lokasi berbackpacking.


1.    Sunway Lagoon - Taman tema air yang paling popular di Malaysia ini mempunyai berbagai jenis permainan yang menarik untuk seisi keluarga. Terletak di Petaling Jaya, Selangor, Sunway Lagoon turut menyediakan pelbagai permainan lain sebagai aktiviti riang-ria seperti Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park dan Scream Park. 
Image result for Sunway Lagoon


2.    Gold Coast Morib - Tempat pelancongan menarik di Malaysia yang kedua paling popular bagi kategori taman tema. Taman tema air yang menarik ini terletak di Banting, Selangor. Gold Coast Morib menyediakan 672 bilik untuk penginapan dan berbagai aktiviti menarik di Outdoor Water Theme Park. 

Image result for Gold Coast Morib


3.    Lost World Of Tambun - Taman tema air ini terletak di Ipoh, Perak. Lost World Of Tambun merupakan taman tema ketiga paling popular di Malaysia. Berbagai aktiviti menarik terdapat disini termasuk Water Park, Amusement Park dan Wildlife Park. Penginapan juga disediakan di taman tema ini. 
Image result for Lost World Of Tambun


4.    Legoland - Taman tema Legoland Malaysia terletak di Kota Iskandar, Johor Bahru, Johor. Walaupun baru, taman tema ini hampir sama popular dengan Lost World Of Tambun. Antara aktiviti menarik dan permainan yang ada di Legoland Malaysia ialah Miniland, Imagination, Lego Technic, Lego Kingdoms, Land of Adventure, Lego city dan berbagi-bagai lagi. Water Park juga ada disini. Legoland Hotel pula menyediakan sebanyak 249 bilik untuk pelancong yang ingin bermalam disini.

Related image



5.    A'Famosa resort - Taman tema yang terletak di Melaka ini juga cukup menarik untuk percutian keluarga di Malaysia. Terdapat Water Theme Park, Safari Wonderland, Old West dan Sports & Recreation. Hotel penginapan juga disediakan untuk pengunjung yang ingin bermalam disini. 


Sunday 1 October 2017

Tempat tempat yang menarik untuk dijadikan lokasi ber-backpacking

Antara tempat yang menarik untuk mereka yang gemar untuk berbackpacking ialah

1. Nepal - nepal dikatakan antara tempat yang seronok dan puas hati untuk dijadikan tempat untuk berbackpacking, kerana disana kita dapat survive walaupun dengan budget yang rendah. kita juga dapat merasakan pengalaman mendaki gunung disana tambahan pula pemandangan cantik yang dapat menghilangkan segala kepenatan berkerja
Image result for nepal

2. Thailand - Thailand kerap dijadikan tempat untuk berbackpacking oleh backpacker kerana di sana kaya pulau pulau yang cantik dan keindahan alam laut yang jarang dapat kita temui
Image result for interesting place of thailand

3. Turkey - terkenal dengan tempat tempat bersejarah, keunikan budaya meraka dan bentuk muka bumi yang unik 
Image result for turkey places


4.ireland - pemandangan yang indah yang sukar untuk ditemui di tempai lain. keunikan bentuk muka bumi di ireland telah memikat ramai hati meraka yang berbackpacking disana
Related image


5. Vietnam - menpunyai tempat tempat yang menarik yang dapat kita kunjungi dengan hanya bajet yang sederhana. selain itu, keunikan budaya meraka yang jarang dipratikkan
Image result for ho chi minh city

Saturday 30 September 2017

10 Tips untuk backpacker dengan berbasikal


1. Solat
Solat seperti biasa di masjid atau pun di mana2 tempat yang kami berhenti / campsite
2. Pakaian
Pakaian hanya bawa 5 pasang. Pakaian tidur , solat , biasa dan dua pasang untk kayuh
3. Makanan & Minuman
Makanan kami ada tapau sambal ikan bilis goreng dan banyak makan di gerai2 muslim dan instant foodyang di jual di 7eleven. Ada banyak makanan minuman halal dijual di 7eleven di Thailand dan mudah didapati.4 Telefon
Kami beli 1 simkad Thailand dan langgan internet untk 1 bulan dan dikongsi untk 3 telefon.
5. Duit
Kami bawa duit secara cash dan simpan separuh di bank. Kalau tidak cukup baru cucuk ATM. Di Laos duit ringgit tidak diterima untuk pertukaran mata wang. Dollar dan Bath sahaja diterima ketika itu.
6. Peta
Ketika sudah masuk ke Thailand baru kami beli peta negara Thailand dan selain itu kami membuat rujukan dengan menggunakan Google maps untuk sepanjang laluan merentasi Thailand sehingga Laos.
7. Keselamatan
Sepanjang perjalanan kami tidak mempunyai escort (pengiring) dari mana-mana pihak tertentu dari mula sehingga tamat. Hanya dengan memakai vest pantul cahaya dan lampu pada basikal. Kami menggunakan ketika hujan dan kayuhan di waktu mlm.
8. Tempat tinggal
Kami wild camping di merata tempat seperti perhentian bas, pondok, tepi hutan, pantai, iktikaf di masjid / taman awam dan stesyen minyak .
9. Komunikasi (Bahasa)
Kami menggunakan bahasa Inggeris rojak apabila berkomunikasi dengan penduduk tempatan.
10. Basikal
Semua menggunakan basikal 2nd hand. Basikal saya adalah ciri untuk touring dan basikal Mus dan Am bercirikan mountain bike cuma tayar sahaja dtukar kepada road bike

Friday 29 September 2017

Pengalaman berbackpacking 30 Hari Berbasikal dari Perak ke Laos

      Dalam post kali ini Malaysia Backpackers membawa anda bersama seorang pemuda dari Perak yang bernama Ibnu telah berbasikal selama 30 hari bersama 2 rakanya bermula di Ipoh dan berakhir di Laos. Misi menjelajah 3 negara telah tamat dengan jayanya. Mari kita baca pengalaman saudara Ibnu kongsikan khas untuk anda semua.
12959515_1310456465647768_1585031097_o



  1. Boleh ceritakan sedikit bagaimana saudara terlibat dengan ekspidisi ini ?
Saya memang minat aktiviti travel outdoor & adventure. Pada mula saya hanya hendak backpack ke negara2 Asean sambil ziarah rakan2 lama ketika program Ship South East Asia Youth Program (SSEAYP) pada tahun 2011. Tetapi sahabat baik saya Yazid telah mencadangkan supaya cuba travel naik basikal dan kebetulan pada masa itu seorang pelajar Malaysia baru sahaja tamat misi pulang ke tanah air dari London ke Malaysia dengan menaiki basikal. Pada awalnya Yazid pun turut brminat untuk berkayuh bersama ke Thailand. Tetapi pada saat akhir Yazid tidak dapat join kerana mendapat tawaran menyambung pelajaran di peringkat master. Oleh itu saya telah membuat keputusan untuk teruskan dengan rancangan ini tetapi saya reroute ke Laos trus. Saya mula mencari travel mate baru. Alhamdulillah rakan sekolej saya Am dan Mus berminat nak join walaupun kami sebenarnya tiada basikal lagi ketika memutuskan untuk berkayuh dari Ipoh ke Laos.
  1. Bagaimana dengan persediaan yang dilakukan sebelum ekspidisi?
Sebulan sebelum bermula kami bertiga masing2 cari basikal ‘2nd hand’ (terpakai). Saya cari di facebook dan terjumpa sebuah kedai jual basikal untk touring dan ramai peminat ‘ bicycle touring’ dari dalam dan luar negara ke kedai Basikal Akmal yg terletak di Bangsar. Setelah mmbuat pemilihan basikal dari jepun jad pilihan hati. Basikal khas bercirikan touring dari jenama Panasonic telah di dibaiki dan ditambah aksesori yg sesuai untuk travel dari Ipoh ke Laos. Kayuhan pertama saya ialah kayuh dari Bangsar pulang ke Ipoh .Ia mengambil masa 2 hari untuk jarak 210km secara solo. Dalam tempoh sebulan say hanya kayuh beberapa kali sahaja pusing2 bandar Ipoh sebagai persediaan fizikal. Untuk persediaan laluan, kami hanya tahu jarak Ipoh ke Vientiane melalui Google sahaja iaitu 2000km dan tiada itinerary di buat untk trip ini.
12966233_1310456235647791_573119719_n
  1. Berapa kos yang diperlukan dan berapa hari untuk ekspidisi 3 negara ini?
Untuk kos awal iaitu harga basikal dan aksesori serta alat ganti hampir RM 2000. Bagi kos makan minum pula untuk tempoh sebulan travel serta pengangkutan balik ( keretapi ) RM 1500 sahaja.
  1. Apakah perkara atau pengalaman yang paling pahit dan manis sepanjang ekspidisi ini?
Tiada pengalaman pahit. Semua moment yang saya lalui saya merasakan ianya manis2 belaka walaupun mencabar kekuatan mental dan fizikal saya. Hari pertama dengan jarak kayuhan baru mencecah 20km, tayar basikal Mus telah 2 kali pecah. Moment dihalau ketika nak tidur di taman awam. Moment hammockputus tali dan telah menghempap Mus yang berada di hammock bawah saya. Moment tidak boleh tido malam disebabkan gigitan nyamuk. Moment dikejar anjing hampir setiap hari.
12970536_1310459232314158_279940574_o
Ada sekali dikejar dengan sekawan kerbau di tepi tasik ketika hendak  mengambil gambar. Moment berkayuh dalam hujan setiap hari hampir 1 minggu. Sehingga kaki kecut teruk dan sakit nak kayuh sebab kasut basah  dan tidak kering2. Wild camping walaupun kami tidak membawa khemah untk trip kali ni. Hanya tidur beralaskan rubber mate atau pun hammmockMoment orang tempatan bagi bekal makanan dan belanja makan di rumah mereka. Sangat jatuh hati dgn sikap lemah lembut dan baik hati orang Thailand.

Monday 25 September 2017

Pengalaman ber-backpaking

Kembara ber'backpacking' dengan bajet kurang RM500?

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.



Tajuk nampak menarik bukan? Nak bagi 'rating' naik lettew.

Bila bercakap soal 'kembara' atau 'travel', yang pertama sekali muncul di fikiran adalah bajet atau kos kerosakan yang bakal ditanggung.

Abang bukanlah dari golongan orang berada dan senang. Nak jalan mana-mana pun kena kumpul duit sendiri. Nak harap mak abah bagi duit? Jauh sekali tidak. Kalau mintak sekalipun memang takda harapan nak dapat.

"Nak gi jalan sendiri tanggung la"

Itu kata-kata mak abang. Abah abang pun sama. Kalau orang laki gaya dia lain sikit. Dia buat tak tahu je. Alhamdulillah, diorang tak pernah halang abang capai impian abang merantau melihat kepelbagaian yang ada di muka bumi Allah yang luas ni.

Memang hangpa semua syok tengok abang jalan sana sini, naik motor, kayuh basikal semua.

"Macam ni la bro ! Tak hajak ! "

Bukan abang tak nak ajak, tapi abang lebih selesa bergerak sendiri. Kebanyakkan trip yang dibuat adalah rancangan minit akhir. Plan dan laluan kembara boleh berubah pada bila-bila masa mengikut kesesuaian bajet dan masa.

Abang tak pernah ada itinerary lengkap, sekadar conteng-conteng kosong di buku nota sebelum memulakan sesuatu kembara. Oleh itu, jangan minta itinerary dengan abang, memang abang tak pernah ada.

Untuk pengetahuan, bajet abang selama mengembara ini sebenarnya tak banyak. Dengan lebihan duit tajaan JPA, duit PTPTN dan duit kerja sambilan itulah abang guna untuk ber- 'backpaking' ke sana sini. Ikut bajet yang ada.

"Banyak duit kau, jalan sana sini"

Itu kata kawan-kawan abang. Anda tak perlu kaya pun untuk jalan ke sana sini. Ramai orang ingat perlukan banyak duit untuk 'travel'. Sebenarnya tidak. Ia bergantung apa yang kau cari sepanjang perjalanan kembara anda itu.

Kalau anda cari kemewahan sepanjang perjalanan percutian kau itu, hotel 4-5 bintang sudah pasti ia memerlukan bajet yang lebih. Kalau anda tidak kisah untuk tidur di mana, tidak kisah berjam-jam naik pengangkutan awam, dan tidak kisah untuk makan di warung-warung atau masak sendiri di bilik hotel bajet, anda pasti boleh jimatkan bajet dan sejumlah wang.

Jadilah seorang pengembara dan bukan seorang pelancong. Cuba keluar dari zon selesa anda. Anda tidak akan berkembang jika tidak merasakan bahaya.
Jadi bagi yang bercita-cita nak travel dengan bajet dan modal yang rendah, jangan takut untuk mencuba. Anda sendiri yang rancang perjalanan anda. Bajet sikit buat gaya bajet sikit.

Ke mana anda boleh sampai dan berapa lama anda boleh 'travel' atau 'backpacking' dengan bajet kurang dari RM 500 ?

Ini adalah contoh trip kembara 'backpacking' yang pernah abang buat dengan bajet kurang dari RM500.



Gambar hiasan semata-mata. Ni masa trip abang merentasi Indochina dulu. Duit Kip Laos.




1) Krabi - Koh Phi Phi - Phuket Solo Escape

    Ini merupakan projek kembara pertama abang ke luar negara, maksudnya luar dari Malaysia. Trip solo ini terhasil apabila abang teruja membaca cerita-cerita pengembara wanita lain yang dah ke sana. Dok tengok orang perempuan ja solo 'backpacking', orang laki-laki bila pulak? Tak boleh jadi ni, tekadkan diri nak cuba jugak.

    Laluan & Persinggahan :

    K.Lumpur - Hat Yai - Krabi - Koh Phi Phi - Phuket - Hat Yai - K.Lumpur

    Dengan modal di tangan sebanyak RM 500, abang naik bas dari Kuala Lumpur hingga ke Krabi. Dari Krabi abang naik bot ke Koh Phi Phi dan seterusnya ke Phuket sebelum balik semula ke Kuala Lumpur juga dengan bas.

    Projek 'backpacking' 5 hari 4 malam  ke Krabi dan Phuket ni bajet sebenarnya tak habis banyak mana pun, dalam RM350 sahaja termasuk tiket bas, tempat penginapan dan aktiviti sepanjang di sana. Makan minum lain cerita, tak termasuk sekali.

    Untuk bacaan lanjut tentang Krabi-Koh Phi Phi - Phuket Solo Escape ni boleh rujuk pautan yang abang sediakan di sini



    Meh abang racun sikit gambar buat inspirasi.




    Krabi Night Market atau Pasar Malam Krabi yang terletak betul-betul di tepi kawasan muara sungai.

    Krabi Town atau pekan Krabi di waktu pagi.

    Pergi Krabi tak sah kalau tak ambik gambar bot pancung yang bawa pelancong ke pulau-pulau sekitarnya.

    Phranang Beach atau Pantai Phranang. Waktu 'island hopping' bot yang kita naiki akan singgah di sini.

    Ada gua di Phranang Beach yang dijadikan tempat pemujaan benda ni. Jangan tanya abang apa benda ni.

    Pakej 'island hopping' yang sangat berbaloi di Krabi. Siap boleh snorkeling. Tak pernah-pernah dapat pengalaman macam ni di Malaysia.

    Pulau Ayam atau Chicken Island yang kelihatan semasa menaiki bot.

    Naik feri dari Krabi ke Koh Phi Phi. Melepak santai sambil tengok pemandangan dari atas feri.

    Mat saleh bukan main ramai di syurga dunia, Koh Phi Phi.

    Koh Phi Phi dalam bahasa Thai. Bahasa Melayu panggil Pulau Phi Phi. Bahasa Inggeris pulak Phi Phi Island.

    Bergambiran kenang-kenangan atas feri dari Koh Phi Phi ke Phuket pulak. 

    Ikan-ikan kecil yang muncul buritan feri Koh Phi Phi ke Phuket.

    Kali pertama mai Thailand teruja duduk atas ni. Boleh pilih nak berjemur atas dek feri atau masuk ke ruangan berhawa dingin.

    Nasi goreng cara Thai di pekan Phuket. Ada banyak warung halal yang boleh kita cari. Toksah risau pasal makanan.

    Anak peniaga bihun sup di sebelah Masjid Patong, Phuket. Ramah punya bersembang cakap Melayu.

    Meronda seharian Pulau Phuket dengan skuter sewa.




    2) Trans Java Solo Escape

      Selesai trip pertama ke Krabi, ketagihan untuk kembali kembara ber'backpacking' semakin menjadi-jadi. Destinasi abang seterusnya adalah ke Indonesia, Pulau Jawa khususnya. Ini pun selepas terjebak tengok trip Trans Java di blog-blog budak perempuan. Geng laki pupus mana wei ?

      Yang syoknya, ini merupakan pengalaman pertama abang menaiki kapal terbang. Tak pernah terlintas di fikiran mampu naik kapal terbang sebelum ni. Dok tengok orang lain ja naik kapal terbang, dah rasa mewah. Rupanya tak mahal mana tiket dia. Murah lagi dari tiket bas pun ada!

      Sesuai dengan motto AirAsia "Everybody Can Fly".

      Laluan & Persinggahan : Surabaya - Jogjakarta - Bandung

      Trip Trans Java Solo Escape ini bermula di kota Surabaya sebelum ke kota Jogjakarta dan berakhir di kota Bandung. Kenapa jadi macam tu? Saja abang nak cuba 'overland' ikut jalan darat. Kebetulan pula Airasia buat promosi tiket penerbangan pergi dan balik waktu tu, abang pun cepat cepat la sambar.

      Memang dah lama bercita-cita teringin nak menjelajah jalan darat di Pulau Jawa ni dan pastinya nak tengok Gunung Bromo dan Candi Borobodur sekali. Dengan hanya bermodalkan RM 500 di tangan, dengan izin tuhan tercapai cita-cita abang ni.

      Bermacam pengalaman pahit masam-masam manis dapat hang rasa dalam trip Trans Java ni lebih-lebih lagi bila ikut jalan darat dari satu bandar ke satu bandar yang lain di Indonesia ni.

      Nah hangpa boleh rujuk catatan abang terdahulu berkaitan Trans Java Solo Escape.




      Naik bas mini takda 'aircond' dari kota Surabaya ke Probolinggo. Orang meniaga keluaq masuk bas jual macam-macam. Jenuh nak tepis.

      Kawasan sekitar Cemoro Lawang. Antara tanah tinggi yang dingin dengan tanah gunung berapi yang subur.

      Homestay Pak Yogi, tempat abang menginap di Cemoro Lawang sebelum tengok matahari terbit di Bromo.

      Detik yang ditunggu-tunggu bila ke Bromo. Pemandangan indah sewaktu menyaksikan matahari terbit di Gunung Bromo. 

      Bukan abang je, pelancong lain pun tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan mereka di sini berlatarbelakangkan Gunung Bromo.

      Lautan pasir di Bromo yang luas. Kalau nak jalan kaki memang tak larat. Sebab tu kita naik jeep, motor atau kuda di sini.

      Kota Jogjakarta di Jawa Tengah. Keaslian seni Jawa dapat dilihat di sini melalui ukiran mereka.

      Delta Homestay Jogjakarta. Penginapan bajet siap ada dengan kolam renang depan bilik !

      Kalau hangpa pi Jogjakarta dekat-dekat Jalan Malioboro ada replika ni. Abang tak ingat nama dia apa.

      Meronda naik scrambler di Kampung Kinahrejo, sebuah kampung yang musnah akibat letusan Gunung Merapi pada tahun 2010 dulu.

      Jam Erupsi Merupi. Jam yang cair akibat awan panas yang terhasil akibat letusan Gunung Merapi.

      Pemandangan matahari terbenam di Taman Sari, Jogjakarta.

      Menunggu keretapi di Stasiun Jogjakarta di malam hari untuk menuju kota membeli-belah Bandung.

      Jumpa geng orang tempatan dalam keretapi. Turun Bandung, depa belanja sarapan bubur ayam. Abang layankan aje.

      Pusat membeli-belah di sekitar Bandung. Nak beli kain dan telekung sinilah tempat dia. Kalau bawa orang perempuan ni mahu menggedik tak nak balik.

      Masjid Raya Bandung. Bila malam ramai gelandangan yang akan tidur di kawasan sekitar masjid.

      Ada tiga kelas keretapi di Indonesia. Eksekutif, Bisnes dan Ekonomi. Yang paling mahal tentulah eksekutif. Tapi kalau hangpa pilih kelas Bisnes macam abang naik dari Jogjakarta ke Bandung, aircond tak ada !

      Nasi Goreng Pak Bewok. Sebut betul-betul, kalau tak memang tak lalu makan.



      3) Cambodia-Thailand Overland Project

        Trip 'backpacking' bajet yang dinamakan Cambodia-Thailand Overland Project ni abang buat secara berjemaah dengan rakan-rakan yang lain. Kali ini dengan kekuatan anggota sebanyak 5 orang, kami meredah jalan darat di bumi Cambodia dan Thailand untuk pulang ke Malaysia.

        Kami beli tiket penerbangan sehala sahaja ke Phnom Penh dan pulang kembali ke Kuala Lumpur ikut jalan darat dengan menaiki kenderaan awam seperti bas, keretapi dan juga feri. Asalnya nak buat solo, tapi ramai yang nak ikut maka jadilah 5 orang.

        Berbanding 'travel' secara solo, dengan ber'backpacking' secara berkumpulan bajet akan menjadi semakin kurang. Contoh seperti tempat penginapan, bajetnya akan dikongsi bersama.  Dengan RM 500, ada baki lagi bila anda sampai Malaysia !

        Boleh rujuk catatan abang yang lepas berkaitan Cambodia-Thailand Overland Project :




        Turun di Airport Phnom Penh. Naik tuk-tuk 5 orang sekali. Rapat !

        Destinasi pertama di Phnom Penh. Killing Field.

        Tuong Sleng Genoside Museum di Phnom Penh.

        Sesi bergambiran di Rayal Palace Phnom Penh.

        Berkayuh di kota Siem Reap untuk ke Angkor Wat.

        Nak masuk Angkor Wat kena bayar $20 USD ! Bajet banyak habis kat sini.

        Gambar kenang-kenangan di Bayon Temple, Angkor Wat.

        Le Tua di Angkor Wat. Pergi balik Angkor Wat boleh melecet punggung !

        Russian Market nak 'shopping' kain baju.

        Baju Cambodia $2 USD sehelai.

        Cop passport untuk melepasi sempadan Cambodia-Thailand.

        Tunggu teksi air di Bangkok.

        Stesen keretapi Maeklong yang menjadi tumpuan pelancong.

        Katak percik.


        4) Kota Kinabalu Short Escape

        Siapa sangka dengan bajet kurang dari RM 250 (termasuk tiket kapal terbang) kita dapat bercuti dan jalan-jalan di Kota Kinabalu? Kena gayanya anda boleh berjimat !

        Tak perlu modal atau bajet yang banyak pun kalau sekadar nak backpacking ke Sabah lebih-lebih lagi ke Kota Kinabalu. Abang siap pi snorkeling di Pulau Manukan lagi. Percutian selama 3 hari 2 malam macam ni pun dah cukup syok ! Selalunya rancangan minit akhir yang terbaik !

        Bacaan lanjut anda boleh rujuk di sini :



        Nak jimat bawa bag naik kabin.

        Naik bas mini dari Airport Kota Kinabalu ke bandar.

        Tak sah kalau berkunjung ke Kota Kinabalu tak pekena makanan laut di Pasar Filipina.

        Naik bot laju ke Pulau Manukan.

        Ikan-ikan di bawah jeti Pulau Manukan.

        Kalau abang acah berdiri macam ni dekat pantai Pulau Manukan ni mau berkocak air !

        Air laut sejernih kristal di Pulau Manukan.

        Penampakan makhluk bersnokeling berhampiran jeti Pulau Manukan.

        Tak reti berenang boleh pakai jaket keselamatan.

        Pulau-pulau lain di sekitar Pulau Manukan berlatarbelakang air laut dan langit yang membiru.

        Acah acah National Geographic. Kanak-kanak penolak tong ikan di Pasar Filipina.

        Bandar Kota Kinabalu dari Signal Hill.



        5) 180 Jam Trans Borneo

        Nampak? Nama bukan main kemaih bukan?

        Trip 180 Jam Trans Borneo ni abang buat awal tahun lepas. Ceritanya sebelum tu cari tiket promosi Airasia murah-murah, ke Brunei Darussalam hanya RM 52 sahaja dan balik pulak dari Kota Kinabalu dengan tiket penerbangan berharga RM 25. Pergi balik naik flight Airasia tak sampai RM 80 pun !

        Dengan konsep yang sama, meredah jalan darat dari satu bandar ke bandar yang lain, trip selama seminggu di Borneo ni bermula di Brunei dan berakhir di Kota Kinabalu. Abang dapat la rasa naik bot dan feri dari Brunei ke Labuan, Labuan ke Menumbok dan berkapcai dari Kota Kinabalu hingga ke Kundasang dan juga Kudat.

        Nak tahu cerita lanjut boleh rujuk pautan yang berkenaan.



        Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang tersergam indah di negara Brunei Darussalam.

        Bot bot kecil berhampiran Tamu Kianggeh, Brunei Darussalam.

        Kampong Ayer di seberang sana.

        Rumah Kampong Ayer moden.

        Aura selamat dapat dirasakan di Brunei Darussalam walaupun berseorangan di larut malam.

        Ikan-ikan segar yang baru naik di jeti nelayan Wilayan Persekutuan Labuan.

        Naik bot laju dari Labuan ke Menumbok di negeri Sabah.

        Air laut Kota Kinabalu yang membiru.

        Pasar Filipina di Kota Kinabalu yang terkenal dengan hidangan makanan lautnya.

        Tagal Sungai Moroli yang terletak di Ranau. Ikan di sini betul-betul gigit.

        New Zealand Malaysia, Kundasang Sabah.

        Dengan Kapcai Abang Menjelajah. Berlatarkan Gunung Kinabalu yang dilitupi kabus.

        Perjalanan kembara solo bermotosikal ke pantai Simpang Tanjung Mengayau di Kudat.

        Pantai Simpang Tanjung Mengayau di Kudat. Pantainya putih bersih.


        6) Kembara Trans-Sumatera

        Hati abang sentiasa tertarik dan tak pernah jemu untuk berkunjung ke Indonesia. Selepas Trip Trans Java Solo Escape di Pulau Jawa, perasaan untuk ke Indonesia membuak-buak. Kali ni abang ke pulau yang berjiran dengan Semenanjung Malaysia iaitu Pulau Sumatera.

        Trip kembara bajet di bumi Sumatera kali ni berlangsung secara berdua atau 'duo' dengan adik perempuan abang. Dah teringin sangat nak ikut, abang bawak la. Abang dah pesan siap-siap. Asal hang tahan sudahlah.

        Kembara Trans-Sumatera bermula di Padang dan berakhir di Kuala Lumpur. Sebelum tu kami rentas ikut jalan darat ke Bukit Tinggi, Danau Toba dan juga Medan. Waktu nak balik pulak naik feri di Tanjung Balai ke Pelabuhan Klang  di Malaysia melalui jalan laut. Ini feri ye bukan tongkang. Segalanya sah belaka.

        Bermacam pengalaman pahit manis ada dalam Kembara Trans Sumatera ni. Kena 'pau' dengan imigresen Indonesia, naik minivan 12-13 jam, dan bermacam lagilah. Semuanya dengan modal dan bajet kurang dari RM 500.

        Nak tahu lebih lanjut boleh rujuk pada pautan yang diberi.





        Pekena Maggi dulu sambil tengok pemandangan Danau Maninjau.

        Teres-teres padi di sepanjang Kelok 44 menuruni hingga ke Danau Maninjau.

        Tebing tinggi di Lembah Harau.

        Keajaiban kejuruteraan di Kelok 9 berhampiran kota Payakumbuh.
        Pulau di atas pulau. Danau Toba. Bukan Danau Kota.

        Pemandangan acah-acah di New Zealand, padahal di Danau Toba je pun.

        Penampakan makhluk tersembunyi di sungai menuju ke Tele.

        Pemandangan dari atas Menara Tinjau Tele.

        Kanak-kanak masyarakat Batak Danau Toba main bola lepas hujan.

        Tasik Danau Toba yang menjadi sumber rezeki dan tempat bergamtung hidup masyarakat Batak di sini.

        Meninggalkan Danau Toba untuk ke Medan.

        Masjid Raya Medan atau juga dikenali dengan nama Masjid Raya Al-Mashun yang terletak di kota Medan.

        Masjid Raya Medan yang dibangunkan pada tahun 1906 dan siap sepenuhnya pada tahun 1909.

        Naik beca ke Stesen Keretapi Medan untuk ke Tanjung Balai.

        Feri dari Tanjung Balai ke Pelabuhan Klang selamat sampai.

        Soalan yang selalu ditanya :

        Kenapa susah-susah kembara ikut jalan darat ? Flight kan ada ?

        Abang tak kaya dan abang seronok bersusah payah naik keretapi, bas, feri & motor kerana bermacam pengalaman dan ikhtiar hidup abang boleh jumpa sepanjang perjalanan. Rasai sendiri bagaimana orang susah yang seumur hidup mereka hanya mampu mendongak ke langit melihat kapal terbang melintas lalu.


        Percayalah, dengan bajet yang ciput pun anda mampu untuk mengembara luar dari Malaysia. Anda yang rancang sendiri perbelanjaan anda itu. Kadangkala ketika bermusafir, akan ada rezeki yang tidak dijangka-jangka. Ia berkenaan dengan apa yang anda cari sepanjang perjalanan itu. 


        "Jadilah seorang pengembara, bukan seorang pelancong"








        Selamat tiba ke dunia BACKPACKER