6 CARA BERKESAN MENABUNG
1. Menabung dengan konsisten
Pastikan kamu menabung setiap bulan iaitu
sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan. Setelah menetapkan jumlah
tabungan setiap bulan, pastikan jumlah itu disimpan dahulu sebelum mula membuat
pembayaran bil dan pelbagai pinjaman yang ada.
Mungkin
pada awalnya cuma tetapkan untuk jimat RM20 setiap minggu dan kamu akan ada
simpanan RM80 setiap bulan. Teruskan menyimpan.
Lebih baik sekiranya boleh diatur untuk membuat
potongan gaji dimasukkan terus ke dalam simpanan. Ada banyak institusi kewangan
yang menawarkan khidmat ini, misalnya Tabung Haji dan ASB. Anda boleh memohon
kepada majikan untuk membuat potongan ini.
2. Pantau pengeluaran ATM
Sentiasa awasi pengeluran wang melalui ATM. Bukan
sekadar mengelak supaya ada orang menipu dan mengguna kad kamu, tetapi juga
perlu kawal diri kamu sendiri beberapa kali dan berapa jumlah yang boleh
dikeluarkan.
Jangan terlalu banyak dan
terlalu sedikit. Cukup untuk sekadar guna. Jika ada lebihan daripada wang itu,
terus depositkan dalam akaun simpanan.
3. Buat belanjawan atau bajet keluarga
Dengan bajet kewangan keluarga kamu dapat pastikan
bagaimana wang kamu digunakan sebaiknya untuk keluarga. Kamu dapat lihat corak
bagaimana kamu berbelanja.
Sebabnya, perbelanjaan seumpama inilah yang
menyebabkan kamu selalu ‘pokai’ setiap bulan. Dengan adanya bajet, kamu tahu
bagaimana kamu membelanjakan wang dan kamu tahu cara menjimatkan wang,
seterusnya dapat menyimpan lebihan wang berkenaan.
4. Sediakan senarai membeli-belah
Apabila keluar membeli barangan keperluan rumah,
pastikan kamu sudah ada senarai barang yang hendak dibeli. Hanya beli barang
yang ada dalam senarai! Jangan mudah tergoda dengan jualan murah sehingga kamu
membeli barang yang bukan keperluan. Ingat, berbelanja barang keperluan bukan
barang keinginan.
Ada juga yang beri petua, kalau hendak
membeli-belah – pastikan perut kamu kenyang. Apabila perut lapar ada
kecenderungan meningkatkan nafsu membeli dan ada kemungkinan kamu membeli
barang yang tidak diperlukan. Ada kebenarannya petua ini– mungkin kamu perlu
mencuba!
5. Kurangkan penggunaan kad kredit
Kad kredit kini semakin mudah diperoleh. Untuk
kecemasan, kad kredit amat berguna tetapi kini penggunaannya amat berleluasa.
Ia digunakan secara meluas untuk menggantikan wang. Jadi kamu sentiasa tidak
sedar berapa banyak wang yang digunakan. Mudah sahaja membeli barang keinginan
dan bukan keperluan.
Dengan bayaran minimum setiap bulan, hutang kita
akan bertambah dan berpanjangan. Kadar faedah yang dikenakan juga tinggi. Jika
tidak percaya cuba kira berapa kadar faedah yang dikenakan setiap bulan.
Bayangkan
duit yang belebihan itu, sudah cukup untuk membeli sebuah mesin basuh baru!
Jadi lebih baik kamu kumpul duit dan beli barang secara tunai. Atau gunakan kad
kredit dan pastikan bayaran penuh dibuat dalam masa 20 hari ataupun sebelum
dikenakan sebarang faedah.
6. Kurangkan keluar rumah
Mungkin ramai yang tidak dapat terima cadangan ini.
Tetapi banyak kebenarannya. Jika kamu kurang keluar rumah, kamu tidak mungkin
tergoda membeli barang- barang yang bukan keperluan. “Ala, window
shopping je!” Ini selalunya tidak berlaku. Ini tidak termasuk lagi duit petrol, tempat
letak kereta, makanan, minuman dan banyak lagi.
Jika perlu keluar, pastikan keluar ke tempat yang
kamu boleh lebih berinteraksi dengan keluarga secara baik. Misalnya, pergi ke
taman, berkelah atau ke tempat yang kurang godaan. Ada banyak cara untuk
berekreasi bersama keluarga, tidak semestinya ke pusat membeli- belah sahaja.
Sebenarnya menabung bukanlah satu perkara yang
sukar. Yang penting mesti tukar tabiat kepada tabiat kewangan yang lebih baik
untuk diri kamu dan keluarga. Jadi pastikan minda kamu bersedia membuat
perubahan. Semuanya terletak di tangan kamu – disiplin mesti kuat!
PASTIKAN
- Minda dan azam bersedia untuk menabung.
- Tetapkan sasaran menabung yang
realistik.
- Rancang kewangan keluarga.
- Konsisten.
- Kuatkan disiplin.
No comments:
Post a Comment