1. Solat
Solat seperti biasa di masjid atau pun di mana2 tempat yang kami berhenti / campsite
2. Pakaian
Pakaian hanya bawa 5 pasang. Pakaian tidur , solat , biasa dan dua pasang untk kayuh
3. Makanan & Minuman
Makanan kami ada tapau sambal ikan bilis goreng dan banyak makan di gerai2 muslim dan instant foodyang di jual di 7eleven. Ada banyak makanan minuman halal dijual di 7eleven di Thailand dan mudah didapati.4 Telefon
Kami beli 1 simkad Thailand dan langgan internet untk 1 bulan dan dikongsi untk 3 telefon.
5. Duit
Kami bawa duit secara cash dan simpan separuh di bank. Kalau tidak cukup baru cucuk ATM. Di Laos duit ringgit tidak diterima untuk pertukaran mata wang. Dollar dan Bath sahaja diterima ketika itu.
6. Peta
Ketika sudah masuk ke Thailand baru kami beli peta negara Thailand dan selain itu kami membuat rujukan dengan menggunakan Google maps untuk sepanjang laluan merentasi Thailand sehingga Laos.
7. Keselamatan
Sepanjang perjalanan kami tidak mempunyai escort (pengiring) dari mana-mana pihak tertentu dari mula sehingga tamat. Hanya dengan memakai vest pantul cahaya dan lampu pada basikal. Kami menggunakan ketika hujan dan kayuhan di waktu mlm.
8. Tempat tinggal
Kami wild camping di merata tempat seperti perhentian bas, pondok, tepi hutan, pantai, iktikaf di masjid / taman awam dan stesyen minyak .
9. Komunikasi (Bahasa)
Kami menggunakan bahasa Inggeris rojak apabila berkomunikasi dengan penduduk tempatan.
10. Basikal
Semua menggunakan basikal 2nd hand. Basikal saya adalah ciri untuk touring dan basikal Mus dan Am bercirikan mountain bike cuma tayar sahaja dtukar kepada road bike
No comments:
Post a Comment