- Boleh ceritakan sedikit bagaimana saudara terlibat dengan ekspidisi ini ?
Saya memang minat aktiviti travel outdoor & adventure. Pada mula saya hanya hendak backpack ke negara2 Asean sambil ziarah rakan2 lama ketika program Ship South East Asia Youth Program (SSEAYP) pada tahun 2011. Tetapi sahabat baik saya Yazid telah mencadangkan supaya cuba travel naik basikal dan kebetulan pada masa itu seorang pelajar Malaysia baru sahaja tamat misi pulang ke tanah air dari London ke Malaysia dengan menaiki basikal. Pada awalnya Yazid pun turut brminat untuk berkayuh bersama ke Thailand. Tetapi pada saat akhir Yazid tidak dapat join kerana mendapat tawaran menyambung pelajaran di peringkat master. Oleh itu saya telah membuat keputusan untuk teruskan dengan rancangan ini tetapi saya reroute ke Laos trus. Saya mula mencari travel mate baru. Alhamdulillah rakan sekolej saya Am dan Mus berminat nak join walaupun kami sebenarnya tiada basikal lagi ketika memutuskan untuk berkayuh dari Ipoh ke Laos.
- Bagaimana dengan persediaan yang dilakukan sebelum ekspidisi?
Sebulan sebelum bermula kami bertiga masing2 cari basikal ‘2nd hand’ (terpakai). Saya cari di facebook dan terjumpa sebuah kedai jual basikal untk touring dan ramai peminat ‘ bicycle touring’ dari dalam dan luar negara ke kedai Basikal Akmal yg terletak di Bangsar. Setelah mmbuat pemilihan basikal dari jepun jad pilihan hati. Basikal khas bercirikan touring dari jenama Panasonic telah di dibaiki dan ditambah aksesori yg sesuai untuk travel dari Ipoh ke Laos. Kayuhan pertama saya ialah kayuh dari Bangsar pulang ke Ipoh .Ia mengambil masa 2 hari untuk jarak 210km secara solo. Dalam tempoh sebulan say hanya kayuh beberapa kali sahaja pusing2 bandar Ipoh sebagai persediaan fizikal. Untuk persediaan laluan, kami hanya tahu jarak Ipoh ke Vientiane melalui Google sahaja iaitu 2000km dan tiada itinerary di buat untk trip ini.
- Berapa kos yang diperlukan dan berapa hari untuk ekspidisi 3 negara ini?
Untuk kos awal iaitu harga basikal dan aksesori serta alat ganti hampir RM 2000. Bagi kos makan minum pula untuk tempoh sebulan travel serta pengangkutan balik ( keretapi ) RM 1500 sahaja.
- Apakah perkara atau pengalaman yang paling pahit dan manis sepanjang ekspidisi ini?
Tiada pengalaman pahit. Semua moment yang saya lalui saya merasakan ianya manis2 belaka walaupun mencabar kekuatan mental dan fizikal saya. Hari pertama dengan jarak kayuhan baru mencecah 20km, tayar basikal Mus telah 2 kali pecah. Moment dihalau ketika nak tidur di taman awam. Moment hammockputus tali dan telah menghempap Mus yang berada di hammock bawah saya. Moment tidak boleh tido malam disebabkan gigitan nyamuk. Moment dikejar anjing hampir setiap hari.
Ada sekali dikejar dengan sekawan kerbau di tepi tasik ketika hendak mengambil gambar. Moment berkayuh dalam hujan setiap hari hampir 1 minggu. Sehingga kaki kecut teruk dan sakit nak kayuh sebab kasut basah dan tidak kering2. Wild camping walaupun kami tidak membawa khemah untk trip kali ni. Hanya tidur beralaskan rubber mate atau pun hammmock. Moment orang tempatan bagi bekal makanan dan belanja makan di rumah mereka. Sangat jatuh hati dgn sikap lemah lembut dan baik hati orang Thailand.
No comments:
Post a Comment