Monday, 18 September 2017

Tips pelancongan

Pasti ramai daripada kita suka travel ke tempat yang menarik seperti Korea, Jepun, vietnam dan sebagainya. tapi ada faktor faktor yang menghalang. Antara penyebab utama yang menjadi penghalang sudah semestinya faktor kewangan. Tambahan pula ekonomi negara yang tidak stabil ini.
Tahukah anda bahawa faktor ini boleh diatasi dengan mudah? jadi dalam blog ini akan menerangkan cara cara untuk melancong ke mana sahaja yang kita idamkan tanpa ada penghalangnya.

                                                                                                                                      
ANTARA TIPS UNTUK BIJAK BACKPACKER
  
    1. Merancang tujuan destinasi
           - Sebelum melakukan langkah percutian, kita mestilah merancang terlebih dahulu tujuan sebenar kita ingin melakukan backpack ini, samaada ingin mengunjungi tempat yang diidamkan, shopping atau beribadat. supaya masa depan kita lebih teratur dan berjalan dengan "smooth". pada masa yang sama perkara yang tak diingini dapat kita elak. jangka masa yang ideal untuk kita merancang backpack adalah antara 1 tahun hingga 5 bulan sebelum.

    2. Apa yang ingin anda lakukan waktu backpacking
           - sebaiknya anda terlebih dahulu mendaftar hal hal apa saja yang anda ingin lakukan ketika backpacking. Apakah sekadar ingin mempelajari budayanya, sekadar jalan-jalan, mengikuti program pertukaran pelajar, berbelanja, dan sebagainya.

    3. Mencari informasi tempat yang dituju 
           - Lakukan survey yang mendalam mengenai tempat-tempat yang akan anda tuju, seperti bentuk masyarakatnya, makanannya, nilai mata wangnya, budayanya, bahasanya, keadaan politiknya, keamanannya, dan sebagainya
.
    4. Melakukan kaji selidik tentang alam sekitar
           - melakukan kaji selidik tentang cuaca dan alam sekitar terhadap kawasan yang ingin dituju merupakan aspek yang terpenting. ini kerana cuaca dan keadaan sekitar ini mampu membuatkan backpacking kita terbantut dan ada yang sampai terpaksa dibatalkan seperting ribut salji melanda hingga menyebabkan suhu menjadi extreme sejuk.

    5. Persiapan tempat tinggal
            - selalunya backpacker akan mencari tempat tinggal yang termurah yang ada di kawasan yang mereka ingin tuju sebagai contoh capsule hotel yang tidak asing di negara jepun. Tetapi perkara ini tidak sesuai dilakukan sekiranya backpacker tergolong dari kalangan kaum wanita. oleh ikut anda perlulah pandai mengagihkan bajet untuk mencari tempat tinggal yang sesuai dan selasa. 

    6 Bajet dan pelaburan 
            - sebelum melakukan pembayaran, hendaklah kita memeriksa terlebih dahulu berkenaan bajet kita. ini kerana kita dapat menjimatkan kos untuk melakukan backpacking ini dan dapat mengunakan wang yang lebih itu untuk backpacking yang seterusnyaa 

    7 Perhatikan barang bawaan Anda
            - Persiapkan pakaian yang akan anda kenakan. Bawalah secukupnya saja. Bawalah peta tempat tujuan, power bank, alat komunikasi, tripod, perlengkapan mandi, kamera, buku bacaan, alat tulis, peralatan ibadah, dan sebagainya. Jangan lupa, perhatikan selalu jumlah kapasiti yang diizinkan oleh pihak penerbangan yang akan anda gunakan
    
     8. lakukan pemeriksaan kesihatan 
           - tubuh badan yang sihat akan menjadikan backpack lebih mudah dan senang

     9. Barang wajib
           - selain dari barang peribadi,seorang backpaker yang bijak akan membawa bersamanya barangan wajib iaitu ubat ubatan, wang kecemasan dan wifi poket
             

       
                           


4 comments:

Selamat tiba ke dunia BACKPACKER